Website sendiri. Domain sendiri. Kalkulator, senarai pakej atau borang booking yang customer boleh main sampai puas. Lepas tu satu tekan, dia terus WhatsApp kau dengan semua pilihan yang dia dah buat.
Customer jumpa kau dulu, percaya kau, kemudian terus hubungi kau. Siapa yang ada website sendiri, dia yang nampak serius.
Kau hantar pricelist. Dia zoom. Dia tanya bulanan. Kau kira dalam calculator phone. Dia tanya "kalau deposit 20%?" Kau kira lagi.
Esok dia senyap. Mungkin dah jumpa orang lain yang jawab lebih laju. Bukan sebab kau tak rajin, tapi sebab semua info kau berselerak dalam 10 gambar dan 50 chat.
Bayangkan "page" kau kena ban esok pagi…
apa yang tinggal?
Mungkin kena report sampai "tak adil" oleh pesaing, mungkin sekadar error sistem. Facebook, Instagram, TikTok, mana-mana pun sama. Follower, post, nombor customer, semuanya duduk di rumah orang lain, dan platform boleh sekat bila-bila masa tanpa amaran.
Menumpang pun boleh duduk. Tapi tuan rumah (baca: algorithm) boleh tukar peraturan bila-bila masa, dan kau tak boleh cakap apa.
Customer jarang terus tanya kau. Dia Google dulu. Tengok siapa ada, siapa nampak serius, siapa yang senang dihubungi.
Website sendiri bagi Google sesuatu untuk dibaca, disimpan dan ditunjuk: nama kau, kawasan kau, model yang kau jual, dan cara hubungi kau.
Tajuk, ayat penerangan, nama kawasan. Di FB, platform yang tentukan. Di website sendiri, kau.
Customer tengok alamat dulu sebelum tengok harga. Nama kau di domain sendiri, dengan https, terus bagi keyakinan.
Video TikTok meletup, lepas tu senyap. Website tak. Setiap hari ia tunggu, setiap malam ia jawab, dan makin lama makin banyak yang jumpa.
Peta, waktu operasi, butang Google Maps dan Waze. Sambung ke profil Google showroom pun boleh.
Setiap mesej WhatsApp bawa model, deposit dan tempoh. Data tu milik kau, bukan tersangkut dalam inbox platform lain.
Customer tak tengok kereta ikut jadual showroom. Selalunya malam, atas katil, sambil scroll. Website kau jaga kaunter sampai kau bangun.
Orang taip "beli byd miri", iklan kau muncul di atas. Dia klik dan terus masuk ke kalkulator kau, bukan page yang tak tahu nak buat apa dengan dia.
Banner tepi jalan, bunting showroom, sticker belakang kereta, bumper sticker, topi dan baju branding sendiri. Link FB yang panjang tak boleh dibaca dari kereta yang bergerak. namakau.com boleh.
Poster di showroom, kad nama, flyer, brosur, resit servis. Letak satu kod QR dan customer yang berminat boleh kira bulanan sebelum dia habis berdiri depan poster tu.
Kod QR dalam ilustrasi ini hiasan. QR sebenar dijana untuk link kau.
Orang tengok video kau kat TikTok, suka, lepas tu dia nak tekan sesuatu. Masalahnya, tekan ke mana? Link bio kau patut bawa dia terus ke tempat dia boleh kira, tempah atau WhatsApp kau, bukan ke page yang tak ke mana.
Bila setiap banner, poster dan video ada link tersendiri, senang nak tengok mana satu betul-betul bawa customer. Tak payah teka-teka lagi, tak payah cetak benda yang tak menjadi.
SEO asas dah termasuk dalam RM799. Tracking analytics (pantau klik, lead dan sumber) ialah add-on berbayar.
Nampak video kau, tekan link bio. Semua model dah tersusun.
Main slider sampai jumpa angka yang selesa. Tak payah tunggu reply.
Satu tekan, mesej lengkap masuk WhatsApp kau.
Tarik slider, tukar tempoh. Bila dah puas hati, tekan butang hijau dan tengok mesej yang akan sampai ke WhatsApp kau.
Demo guna kadar flat. Harga contoh sahaja; kelulusan sebenar ikut bank.
Boost memang boleh bawa orang. Tapi bila bajet habis, semua berhenti. Website kau terus ada, terus boleh Google, dan jadi tempat semua iklan kau mendarat.
RM1,000 setiap bulan, lebih kurang RM33 sehari. Berhenti bayar, iklan berhenti, lead pun berhenti.
Setup, hosting setahun dan domain .com asas. Kos marketing sehari lebih kurang secawan kopi, dan website kerja 24 jam.
Banyak page, berminggu siap.
Cantik, tapi tiada kalkulator dan booking WhatsApp.
Pernah kami bina untuk bydmiri.com dan protonmiri.com.my. Kali ni, dengan muka, nama dan model kau.
Saya nak satu slotKami tak masukkan benda yang kau belum perlukan ke dalam harga asas. Bila kau nak tambah, kita bincang harga yang jelas dulu.
Kerja berterusan untuk bantu nama kau naik bila orang cari di Google. Tiada jaminan nombor 1. Skop dan harga dibincang dulu.
Harga → hubungi kami → takingbackpixels.comRM799 cover domain asas sahaja (contoh .com). Domain tertentu lebih mahal dan harganya berubah, jadi jumlah akhir boleh berbeza.
Tahun pertama dah termasuk dalam RM799. Selepas tu, hosting dan pembaharuan domain dikira berasingan berdasarkan jenis domain (.com, .com.my, .my dan lain-lain harganya berbeza).
Harga → hubungi kami → takingbackpixels.comKod QR dan link untuk banner, poster, sticker, bumper sticker, baju, topi dan merchandise branding sendiri. Kos reka dan cetakan dikira berasingan.
Harga → hubungi kami → takingbackpixels.comSatu harga, dan semua ini siap diuruskan.
Tak perlu meeting panjang. Semua settle dalam WhatsApp.
Gambar kau, pricelist terkini dan nombor WhatsApp. Itu je.
Dalam masa 1-3 hari kau dapat link draf. Tekan-tekan, bagitau apa nak ubah.
Letak di bio TikTok, status dan kad nama. Mesej customer mula masuk.
Satu link, satu kalkulator, satu mesej lengkap terus ke WhatsApp kau. Peluang tu jadi milik kau.
Isi sikit butiran kau, tekan hantar, dan kita sembang 5 minit pasal kerja dan showroom kau. Kalau tak sesuai, kami cakap terus terang.
Butang ni buka WhatsApp dengan butiran kau dah tersedia. Tiada data disimpan di page ni.
Sebab tu website yang kami bina bukan sekadar cantik. Ia dibina untuk apa yang customer kau betul-betul fikir.
Dia nak harga, bulanan dan jawapan cepat. Bukan page panjang yang dia tak baca.
Mobile dulu, link bio, Google, WhatsApp. Benda yang betul-betul gerakkan lead sekarang.
Dari ayat pertama sampai butang terakhir, kami tahu kenapa customer tekan atau tinggalkan.
Boleh. Website ni dibina jadi tempat mendarat: iklan Google, kod QR di banner dan poster, link di bio. Bajet iklan dan kos cetakan kau tanggung sendiri. Setup kempen Google Ads belum kami tawar buat masa ni.
Tak boleh, dan sesiapa yang janji macam tu patut kau curiga. RM799 termasuk asas teknikal yang betul: website laju dan boleh dibaca Google. Kerja SEO berterusan untuk bantu naik ranking ialah add-on berasingan, dan itu pun tanpa jaminan nombor 1. Selebihnya masa, nama kau, dan konsistensi.
Page FB tu hak platform. Domain sendiri tu hak kau: kau kawal apa yang orang baca, Google boleh simpan dan tunjuk, dan link pendek senang ingat. Dua-dua boleh guna sekali, yang penting rumah utama tu milik kau.
Tiada. Struktur dah teruji di BYD Miri dan Proton Miri, jadi kami tak mula dari kosong. Kau bayar untuk kandungan kau dimasukkan dan disesuaikan, bukan untuk kami reka semula roda.
Kau cuma hantar gambar, pricelist dan nombor WhatsApp. Semua teknikal kami uruskan. Kalau kau reti hantar mesej WhatsApp, kau dah cukup reti.
[Terangkan polisi update: berapa kali percuma dalam setahun, dan caj selepas itu.]
RM799 dah termasuk setup, hosting tahun pertama dan domain asas (contoh .com). Domain .com.my, .my atau lain-lain boleh lebih mahal, jadi harga mungkin berbeza ikut domain yang kau pilih. Dari tahun kedua, hosting dan pembaharuan domain dikira berasingan. Untuk harga, hubungi kami di takingbackpixels.com.
SEO dan ranking ialah add-on berasingan dengan harga sendiri. Hubungi kami di takingbackpixels.com untuk harga. Kami bincang dulu apa yang kau perlukan, sebab setiap kawasan dan brand lain keadaannya.
Boleh. Susun atur dan kalkulator sama untuk mana-mana brand. Kami sesuaikan warna dan model ikut brand kau.
Tidak. Ini website peribadi kau sebagai sales advisor. Kami letak nota yang jelas supaya customer tak keliru, macam di protonmiri.com.my.